Isnin, 28 Mac 2011

Kisah keislaman umar Al-Khattab (cara umar memeluk ugama Islam)

Umar berjalan dilorong-lorong mundar-mandir sambil membawa pedang yang entah berapa banyak nyawa disembelihnya. wajahnya nampak bengis. hampir selalu dia begitu dan rakyat kota sudah maklum dengan perangai beliau yang perongos, garang dan tak tahu maksud takut. dalam langkah2 beliau, seorang manusia yang menyapa beliau, “hai umar, apa yang kau cari?”
Dengan suara hampir memekik nada benci beliau menjawab, “muhammad! aku mahu cari muhammad untuk aku tunjukkan dia pedang aku ini dan menghabiskan nafasnya!”
Lelaki itu membalas, “hai umar, dari kau cari muhammad yang entah berada di mana, lebih baik kau pergi ke rumah adik kandung kau sendiri. dengarnya, dia sudah mengikut ajaran muhammad”.
Merah telinga umar mendengar jawapan itu. dia tak menjawab. mata pedangnya lebih pandai mengatur ayat dari lidahnya. kakinya melangkah laju ke arah rumah adik kandungnya, pengikut muhammad. muhammad yang paling dia benci.
Dilihat daun pintu rumah adiknya tertutup rapat. hatinya berat untuk percaya yang adiknya telah mengkhianatinya. adik perempuan yang paling dia sayang telah mengikut muhammad yang paling dia benci! biar mata pedang yang mengadili. dia ketuk dedaun pintu. semakin lama semakin kuat dan pantas. kenapa lambat mahu buka? apa yang sibuk sangat?
Di dalam rumah itu suasana kelam kabut. adiknya, fatimah sangat pasti itu suara abangnya yang bengis. dia tak mahu bayangkan akibat jika abangnya tahu yang dia sedang belajar membaca al-quran.
Fatimah tahu jika dia tak buka pintu itu, umar pasti dapat robohkannya dengan sekali ayun. dia bangun dan membuka pintu.
“apa yang kau tengah buat tadi? kenapa kau lambat buka pintu? apa yang kamu sembunyikan di belakang kamu itu?”
Fatimah semakin erat menggenggam ayat2 al quran yang sedang di bacanya tadi. abangnya takkan dapat pegang tulisan ayat suci itu walau apapun yang terjadi. fatimah nekad.
“aku dengar kau sudah jadi pengikut muhammad”, umar bertanya lagak algojo berlakon hakim.
“ya”
PAAAANGGGG! umar menampar pipi adiknya. jatuh fatimah terkulai disepak tangan pahlawan perang itu. dari mulutnya keluar darah. fatimah menangis menahan sakit.
fikiran umar berkecelaru, beliau sesal bertindak sebegitu kejam ke atas adik kandung perempuannya. timbul rasa bersalah yang amat sangat. umar duduk disamping adiknya, cuba memujuk.
“adik, bagi aku tengok apa yang kau baca tadi”.
“tidak, abang masih najis! abang tak boleh pegang ayat suci ini”. tangan fatimah memeggang pipinya menahan rasa pedih. darah dari mulutnya masih mengalir.
“kau kena mandi dulu, kemudian aku akan bagi kau baca ayat suci ini”
umar yang menanggung rasa bersalah itu turut saja kemahuan adiknya. setelah selesai mandi, beliau menghulurkan tangan kepada adiknya. beliau membaca ayat itu perlahan-lahan.
surah tahaa ayat 1-6.
1]
Taa’ Haa.
[2]
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
[3]
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah
[4]
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
[5]
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
[6]
Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi
badannya lemah. “ini bukan rekaan muhammad, tak mungkin muhammad dapat buat sesuatu yang indah seperti ini.”
“mana muhammad? aku mesti jumpa dia”
fatimah keliru. adakah abangnya mahu mengapa-apakan kekasih Allah? dia sanggup menahan pipinya sekali lagi jika perlu. “kau nak buat apa jumpa muhammad?”
“aku mesti isytihar Islam depan muhammad sendiri”
“benarkah begitu?”
“ya, sekarang beritahu aku di mana muhammad”
“muhammad, rasuluLlah di bukit suffa”
umar berlalu pantas. dia tak sabar lagi nak berjumpa kekasih ALlah, muhammad. dia mahu sangat peluk muhammad sekarang. lagi dipikirkan, semakin laju langkahnya.
rasululLah ketika itu sedang berbincang dengan sahabat2 beliau. tiba2 datang seorang infomer berlari2 memberitahu umar telah datang membawa pedang.
hamzah tersentak. dia telah sedia untuk mempertahankan muhammad. ia menyenteng lengan bajunya dan mencapai pedangnya.
“wahai muhammad, kau jangan bangun, biar saja yang bereskan si umar itu”
muhammad memberi isyarat agar hamzah duduk. para sahabat yang lain mulai risau. baginda bingkas bangun menuju ke muka pintu. kini umar mengetuk-ngetuk pintu meminta dijawab.
rasuluLlah membuka pintu lantas mencapai leher baju umar. dipulas dan ditariknya umar sehingga hampir jatuh. umar tidak pula melawan.
“tiada Tuhan selain Allah, dan kamu Muhammad adalah pesuruh Allah”
lantas rasululLah memeluk umar. doa baginda telah dijawab Allah. sebelum ini baginda berdoa agar satu dari dua umar memeluk Islam iaitu umar al khattab atau umar bin syam (abu jahal).
nyata Islam semakin bersinar selepas itu.
perjalan umar yang pada mulanya ingin menghabiskan muhammad bertukar terus sehingga beliau menjadi salah seorang yang paling mencintai RasululLah.
umar, seorang yang sangat berani dengan manusia tetapi sangat takut kepada Allah. ini kisah umar.

Penduduk Syurga

    Di dalam kitab Al-Multaqith diceritakan, bahawa sebahagian bangsa Alawiyah ada yang bermukim di daerah Balkha. Ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan beberapa anak wanita mereka. Keadaan keluarga tersebut serba kekurangan.
    Ketika suaminya meninggal dunia, isteri beserta anak-anak wanitanya meninggalkan kampung halamannya pergi ke Samarkand untuk menghindari ejekan orang ramai di sekitarnya. Kejadian tersebut berlaku pada musim sejuk.
Saat mereka telah memasuki kota, si ibu mengajak anak-anaknya singgah di masjid, sementara dirinya pergi untuk mencari sesuap nasi.
    Di tengah perjalanan si ibu berjumpa dengan dua kelompok orang, yang satu dipimpin oleh seorang Muslim yang merupakan tokoh di kampung itu sendiri, sedang kelompok satunya lagi dipimpin oleh seorang Majusi, pemimpin kampung itu.
Si ibu tersebut lalu menghampiri tokoh tersebut dan menjelaskan mengenai dirinya serta berkata, “Aku mohon agar tuan berkenan memberiku makanan untuk keperluan malam ini!”
“Tunjukkan bukti-bukti bahawa dirimu benar-benar bangsa Alawiyah,” kata tokoh orang Muslim di kampung itu.
“Di kampung tidak ada orang yang mengenaliku,” kata ibu tersebut.
    Sang tokoh itu pun akhirnya tidak menghiraukannya. Seterusnya dia hendak memohon kepada si Majusi, pemimpin kampung tersebut. Setelah menjelaskan tentang dirinya dengan tokoh kampung, lelaki Majusi lalu memerintahkan kepada salah seorang anggota keluarganya untuk datang ke masjid bersama si ibu itu, akhirnya dibawalah seluruh keluarga janda tersebut untuk tinggal di rumah Majusi yang memberinya pula pelbagai perhiasan serba indah.
    Sementara tokoh masyarakat yang beragama Islam itu bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan panji kebenaran berada di atas kepala Rasulullah SAW. Dia pun sempat menyaksikan sebuah istana tersusun dari zamrud berwarna hijau. Kepada Rasulullah SAW. dia lalu bertanya, “Wahai Rasululah! Milik siapa istana ini?”
“Milik seorang Muslim yang mengesakan Allah,” jawab baginda.
“Wahai Rasulullah, aku pun seorang Muslim,” jawabnya.
“Cuba tunjukkan kepadaku bahawa dirimu benar-benar seorang Muslim yang mengesakan Allah,” sabda Rasulullah SAW. kepadanya.
    Tokoh di kampung itu pun bingung atas pertanyaan baginda, dan kepadanya Rasulullah SAW. kemudian bersabda lagi, “Di saat wanita Alawiyah datang kepadamu, bukankah kamu berkata kepadanya, “Tunjukkan mengenai dirimu kepadaku!” Kerananya, demikian juga yang harus kamu lakukan, iaitu tunjukkan dahulu mengenai bukti diri sebagai seorang Muslim kepadaku!”
    Sesaat kemudian lelaki muslim itu terjaga dari tidurnya dan air matanya pun jatuh berderai, lalu dia memukuli mukanya sendiri. Dia berkeliling kota untuk mencari wanita Alawiyah yang pernah memohon pertolongan kepadanya, hingga dia mengetahui di mana kini wanita tersebut berada.
    Lelaki Muslim itu segera berangkat ke rumah orang Majusi yang telah menampung wanita Alawiyah beserta anak-anaknya.
“Di mana wanita Alawiyah itu?’ tanya lelaki Muslim kepada orang Majusi.
“Ada padaku,” jawab si Majusi.
“Aku sekarang menghendakinya,” ujar lelaki Muslim itu.
“Tidak semudah itu,” jawab lelaki Majusi.
“Ambillah wang seribu dinar dariku dan kemudian serahkan mereka padaku,” desak lelaki Muslim.
“Aku tidak akan melepaskannya. Mereka telah tinggal di rumahku dan dari mereka aku telah mendapatkan berkatnya,” jawab lelaki Majusi itu.
“Tidak boleh, engkau harus menyerahkannya,” ujar lelaki Muslim itu seolah-olah mengugut.
    Maka, lelaki Majusi pun menegaskan kepada tokoh Muslim itu, “Akulah yang berhak menentukan apa yang kamu minta. Dan istana yang pernah kamu lihat dalam mimpi itu adalah diciptakan untukku! Adakah kamu mahu menunjukkan keislamanmu kepadaku? Demi Allah, aku dan seluruh keluargaku tidak akan tidur sebelum kami memeluk agama Islam di hadapan wanita Alawiyah itu, dan aku pun telah bermimpi sepertimana yang kamu mimpikan, serta Rasulullah SAW. sendiri telah pula bersabda kepadaku, “Adakah wanita Alawiyah beserta anaknya itu padamu?”
“Ya, benar,” jawabku.
“Istana itu adalah milikmu dan seluruh keluargamu. Kamu dan semua keluargamu termasuk penduduk syurga, kerana Allah sejak zaman azali dahulu telah menciptakanmu sebagai orang Mukmin,” sabda baginda kembali.

Isnin, 7 Mac 2011

Dijamin Masuk Syurga

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:

a.  Pemimpin yang adil.
b.  Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.
c.  Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.
d.  Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana  Allah dan berpisah    kerana Allah.
e.  Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”
f.  Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.
g.  Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.